Aku Urus Duit

↑ Grab this Headline Animator

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, May 10, 2010

Tips bijak pengurusan kewangan peribadi


Jika anda masih terfikir - fikir bagaimana untuk menguruskan kewangan anda, inilah rahsia SEBENAR yang patut anda ketahui:

Mendedahkan Rahsia Bagaimana Menguruskan Wang Melalui Tips Yang MUDAH, PADAT & MENJIMATKAN...!

*** Kini anda juga mampu menguruskan wang anda dengan lebih efektif dan berkesan tanpa perlu menghabiskan banyak wang! ***

FAKTA: Ramai yang gagal menguruskan kewangan mereka hanya kerana tidak mendapatkan TIPS yang betul untuk menguruskan kewangan mereka. Jika sekiranya anda tidak menghadapi sebarang masalah dengan wang anda, BERHENTI MEMBACA SEKARANG!

DAPATKANNYA SEKARANG!

Tuesday, April 20, 2010

Terima kasih pak blalang

Salam...

Nampak tak navbar blog saya diatas tak ada? Saya memang dah lama nak hilangkan navbar tu... Terima kasih kepada Sdr Blalang kerana memberikan tips ini kepada pembaca blog beliau. Saya merupakan pengikut blog beliau. Rupanya tak susah pun..

Kalau nak tau juga macam mana nak buat, tengoklah di blog blalang.

Thursday, October 29, 2009

Bagaimana mencapai kebebasan kewangan?

Ramai orang yang ingin mencapai kebebasan kewangan, tetapi kebanyakkan tidak tahu bagaimana hendak melakukannya. Sebenarnya, untuk mencapai kebebasan kewangan adalah mudah, anda hanya perlu melakukan 3 langkah berikut.

Sebelum itu, kita semak dulu, apa maskud bebas kewangan?Secara ringkasnya, bebas kewangan ialah, apabila.. anda tidak mempunyai hutang, dan pendapatan anda melebihi perbelanjaan anda setiap bulan. Ok that it! Senang je bukan?

Ok! mari kita lihat 3 langkah bagaimana mencapai kebebasan kewangan!

1) Langsaikan semua hutang anda (keluar dari cengkaman hutang)
Langkah pertama adalah dengan menyenaraikan kesemua hutang anda. Hutang kereta, kad kredit, ptptn, rumah, mamak, kawan-kawan, court mammoth dan sebagainya. Senaraikan hutang anda mengikut urutan yang mana yang paling sedikit sebagai hutang no 1. Tuliskan juga, berpakah jumlah minimum yang perlu anda bayar untuk setiap hutang anda.. contohnya,

1) Kad kredit (RM5000)… RM250 sebulan
2) PTPTN (RM21,000)…….RM150 sebulan
3) Kereta (RM70,000)…….RM600 sebulan
4) Rumah (RM180,000)….RM1,200 sebulan
===========================
Jumlah (RM276,000)…….RM 2,200 sebulan
===========================

Wah! banyak betul hutang anda rupanya (baru perasan). Jadi, langkah pertama.. pasang tekad di dalam diri anda terlebih dahulu untuk tidak menambah lagi hutang yang sedia ada, dan juga, bertekad untuk melangsaikan kesemua hutang anda.

Oleh itu, pada penghujung setiap bulan, peruntukan duit yang lebih sedikit untuk membayar hutang-hutang anda, mungkin sebanyak RM2,500. Apa yang perlu anda lakukan, bayar kesemua hutang anda dengan jumlah minimum, tetapi untuk hutang no 1 (kad kredit) , sila bayar lebih (RM300).. bermakna, anda membayar sebanyak RM550 pada hutang kad kredit anda. Dengan cara ini, dalam masa 10-11 bulan, anda akan dapat menghapuskan satu hutang anda.

Selepas hutang kad kredit terhapus, gunakan duit yang lebih itu untuk membayar hutang PTPTN anda pula, (kini anda membayar sebanyak RM700 untuk hutang ptptn anda). Dalam masa 2 tahun, anda akan berjaya menghapuskan hutang PTPTN anda.
Kemudian, setelah berjaya menghapuskan hutang PTPTPN dalam hidup anda, duit lebih itu, anda gunakan pula untuk bayar kereta anda, dan dalam masa 1 tahun setengah, anda akan berjaya melangsaikan hutang kereta anda.

Kini tinggal hutang rumah sahaja.. gunakan peruntukan sebanyak RM2,500 tadi untuk membayar hutang rumah anda, insyallah, dalam masa 5 tahun, anda akan berjaya melangsaikan hutang rumah anda.

Wah!.. jika dikira kesemuanya, anda akan berjaya melangsaikan kesemua hutang anda sebanyak RM276,000 itu dalam masa 10 tahun sahaja. Not bad bukan? Jika usia anda kini 25 tahun.. pada usia 35 tahun, anda sudah bebas dari segala hutang!

2) Tambah pendapatan berulang “passive income” anda.
Langkah seterusnya (langkah ini boleh dilakukan sewaktu anda masih lagi dalam proses membayar hutang) , ialah dengan mewujudkan “pendapatan berulang” dalam hidup anda. Pendapatan berulang ialah pendapatan yang anda perolehi setiap bulan walaupun anda tidak melakukan perkara/pekerjaan tersebut lagi.
Contohnya, adalah seperti..
menulis buku
memiliki rumah sewa
menulis lagu
memiliki website perniagaan internet yang berfungsi secara automatik
blog yang menjana pendapatan walaupun tidak diupdate
dan sebagainya

Apa yang menarik mengenai pendapatan berulang ini, ianya tidak terikat/bergantung kepada masa. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja.. dan ia, akan terus-menerus memberikan wang kepada anda.

3) Awasi status kewangan anda setiap masa
Langkah ketiga, selalulah menyemak status kewangan anda setiap bulan, beli benda-benda yang perlu sahaja dan beli ia secara tunai. Jangan sesekali berhutang dan menggunakan kad kredit (kad kredit hanya sesuai digunakan selepas anda sudah berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan, sewaktu di dalam proses untuk mencapai kebebasan kewangan, anda tidak digalakkan menggunakan kad kredit).

Percayalah.. dengan hanya melakukan 3 langkah ini, anda akan berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan hanya dalam masa beberapa tahun sahaja! Hey! Ianya bukan teori tau… ianya adalah praktikal.. saya sudah berjaya melakukannya dan ianya hanya mengambil masa 3 tahun, saya pasti anda juga mampu melakukannya!

Sumber: mohdsuhaimy.com

Sunday, September 27, 2009

Tips: Tahap kewangan anda

Saudara Irfan Khairi Jutawan Internet telah berkongsikan mengenai 4 tahap kewangan seseorang itu dalam program beliau di Radio24. Berikut adalah 4 tahap tersebut...

#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)
Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup dengan wangsimpanan yang ada. Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakansebagai kais pagi-makan pagi... kais petang makan petang. Zamanmodern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni... kais bulandepan, makan bulan depan ;)
Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidakselamat ini...

#2: Kewangan Selamat
Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranyaanda berhenti kerja (atau diberhentikan :) ) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini. 6 bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itumendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambungpendapatan sara hidup. matlamat utama anda sekiranya anda berada ditahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini... cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!

#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan
Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yangmencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada ditahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila! Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankanperniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela... Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).

#4: Tahap Terlalu Kaya atau Ultra Rich
Tahap ini lagi la sedikit yang capai... teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta... (kita nak dapat beratus ribu pun payah ;) ) nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan.

Dapatkan tips-tips dari mentor-mentor jutawan ini bersama Irfan Khairi.

BONUS