Saudara Irfan Khairi Jutawan Internet telah berkongsikan mengenai 4 tahap kewangan seseorang itu dalam program beliau di Radio24. Berikut adalah 4 tahap tersebut...
#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)
Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup dengan wangsimpanan yang ada. Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakansebagai kais pagi-makan pagi... kais petang makan petang. Zamanmodern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni... kais bulandepan, makan bulan depan ;)
Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidakselamat ini...
#2: Kewangan Selamat
Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranyaanda berhenti kerja (atau diberhentikan :) ) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini. 6 bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itumendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambungpendapatan sara hidup. matlamat utama anda sekiranya anda berada ditahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini... cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!
#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan
Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yangmencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada ditahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila! Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankanperniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela... Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).
#4: Tahap Terlalu Kaya atau Ultra Rich
Tahap ini lagi la sedikit yang capai... teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta... (kita nak dapat beratus ribu pun payah ;) ) nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan.
Dapatkan tips-tips dari mentor-mentor jutawan ini bersama Irfan Khairi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment