Aku Urus Duit

↑ Grab this Headline Animator

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Thursday, October 29, 2009

Bagaimana mencapai kebebasan kewangan?

Ramai orang yang ingin mencapai kebebasan kewangan, tetapi kebanyakkan tidak tahu bagaimana hendak melakukannya. Sebenarnya, untuk mencapai kebebasan kewangan adalah mudah, anda hanya perlu melakukan 3 langkah berikut.

Sebelum itu, kita semak dulu, apa maskud bebas kewangan?Secara ringkasnya, bebas kewangan ialah, apabila.. anda tidak mempunyai hutang, dan pendapatan anda melebihi perbelanjaan anda setiap bulan. Ok that it! Senang je bukan?

Ok! mari kita lihat 3 langkah bagaimana mencapai kebebasan kewangan!

1) Langsaikan semua hutang anda (keluar dari cengkaman hutang)
Langkah pertama adalah dengan menyenaraikan kesemua hutang anda. Hutang kereta, kad kredit, ptptn, rumah, mamak, kawan-kawan, court mammoth dan sebagainya. Senaraikan hutang anda mengikut urutan yang mana yang paling sedikit sebagai hutang no 1. Tuliskan juga, berpakah jumlah minimum yang perlu anda bayar untuk setiap hutang anda.. contohnya,

1) Kad kredit (RM5000)… RM250 sebulan
2) PTPTN (RM21,000)…….RM150 sebulan
3) Kereta (RM70,000)…….RM600 sebulan
4) Rumah (RM180,000)….RM1,200 sebulan
===========================
Jumlah (RM276,000)…….RM 2,200 sebulan
===========================

Wah! banyak betul hutang anda rupanya (baru perasan). Jadi, langkah pertama.. pasang tekad di dalam diri anda terlebih dahulu untuk tidak menambah lagi hutang yang sedia ada, dan juga, bertekad untuk melangsaikan kesemua hutang anda.

Oleh itu, pada penghujung setiap bulan, peruntukan duit yang lebih sedikit untuk membayar hutang-hutang anda, mungkin sebanyak RM2,500. Apa yang perlu anda lakukan, bayar kesemua hutang anda dengan jumlah minimum, tetapi untuk hutang no 1 (kad kredit) , sila bayar lebih (RM300).. bermakna, anda membayar sebanyak RM550 pada hutang kad kredit anda. Dengan cara ini, dalam masa 10-11 bulan, anda akan dapat menghapuskan satu hutang anda.

Selepas hutang kad kredit terhapus, gunakan duit yang lebih itu untuk membayar hutang PTPTN anda pula, (kini anda membayar sebanyak RM700 untuk hutang ptptn anda). Dalam masa 2 tahun, anda akan berjaya menghapuskan hutang PTPTN anda.
Kemudian, setelah berjaya menghapuskan hutang PTPTPN dalam hidup anda, duit lebih itu, anda gunakan pula untuk bayar kereta anda, dan dalam masa 1 tahun setengah, anda akan berjaya melangsaikan hutang kereta anda.

Kini tinggal hutang rumah sahaja.. gunakan peruntukan sebanyak RM2,500 tadi untuk membayar hutang rumah anda, insyallah, dalam masa 5 tahun, anda akan berjaya melangsaikan hutang rumah anda.

Wah!.. jika dikira kesemuanya, anda akan berjaya melangsaikan kesemua hutang anda sebanyak RM276,000 itu dalam masa 10 tahun sahaja. Not bad bukan? Jika usia anda kini 25 tahun.. pada usia 35 tahun, anda sudah bebas dari segala hutang!

2) Tambah pendapatan berulang “passive income” anda.
Langkah seterusnya (langkah ini boleh dilakukan sewaktu anda masih lagi dalam proses membayar hutang) , ialah dengan mewujudkan “pendapatan berulang” dalam hidup anda. Pendapatan berulang ialah pendapatan yang anda perolehi setiap bulan walaupun anda tidak melakukan perkara/pekerjaan tersebut lagi.
Contohnya, adalah seperti..
menulis buku
memiliki rumah sewa
menulis lagu
memiliki website perniagaan internet yang berfungsi secara automatik
blog yang menjana pendapatan walaupun tidak diupdate
dan sebagainya

Apa yang menarik mengenai pendapatan berulang ini, ianya tidak terikat/bergantung kepada masa. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja.. dan ia, akan terus-menerus memberikan wang kepada anda.

3) Awasi status kewangan anda setiap masa
Langkah ketiga, selalulah menyemak status kewangan anda setiap bulan, beli benda-benda yang perlu sahaja dan beli ia secara tunai. Jangan sesekali berhutang dan menggunakan kad kredit (kad kredit hanya sesuai digunakan selepas anda sudah berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan, sewaktu di dalam proses untuk mencapai kebebasan kewangan, anda tidak digalakkan menggunakan kad kredit).

Percayalah.. dengan hanya melakukan 3 langkah ini, anda akan berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan hanya dalam masa beberapa tahun sahaja! Hey! Ianya bukan teori tau… ianya adalah praktikal.. saya sudah berjaya melakukannya dan ianya hanya mengambil masa 3 tahun, saya pasti anda juga mampu melakukannya!

Sumber: mohdsuhaimy.com

Friday, October 23, 2009

Dominasi Laman Sosial



Rahsia bagaimana cara untuk anda mendominasikan laman sosial seperti Twitter dan Facebook...

Tempah sekarang!

Amat membantu dalam anda mendapatkan pendapatan internet.

Thursday, October 22, 2009

Kuasai Bahasa Inggeris



Sebuah ebook yang menggunakan pendekatan motivasi untuk menerangkan bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik beserta tip-tip tertentu yang PERTAMA di pasaran!

"Ketahui Cara Bagaimana Anda Boleh Menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan 3 Strategi yang dijamin Paling Berkesan!!!”

Milikinya Sekarang!

Thursday, October 15, 2009

EASY ORDER FORM



E-Book yang akan memantu anda membuat ORDER FORM dalam laman jualan anda dengan cara yang paling mudah.

Dapatkan sekarang! EASY ORDER FORM

Wednesday, October 14, 2009

Temubual Ekslusif Razif Yusof - AutoViralReport



Berita Terkini: Razif Yusof telah menemubual Zamri Nanyan,seorang usahawan internet sepenuh masa, ianya berkaitan "Sistem Pemasaran Autoviral"yang telah dibangunkan beliau. Anda boleh download sekarang jika berminat mendapatkan laporan temubual ini dengan percuma. Selain itu, beliau turut mengadakan Pay Per Lead bagi memberi peluang anda menjana pendapatan dengan hanya mengedarkan laporan ini. Pada kali ini, komisen adalah sebanyak RM0.30 per lead. Syarat minimun komisen adalah 10 lead atau RM3 sahaja...!

Dapatkan sekarang ya!

Tuesday, October 6, 2009

Buit duit dengan ebook

Ebook terbaru perkongsian dari sahabat kami, Jamal. Selain kandungannya yang benar-benar berbaloi, ebook ini juga disertakan dengan Pay Per Lead lagi. RM0.50 Per Lead pulak tue. Jika berminat mengetahui isi kandungannya, atau menyertai PPL, boleh dapatkan disini: http://www.buatebook.com/index.php?ref=oneman

Hari ini saya ingin berkongsi dengan tuan mengenai ebook PERCUMA tulisan saudara jamal mengenai buat duit dengan ebook... Jikatuan masih ingat saudara jamal merupakan penulis ebook rahsia emas yang hilang yang jualannya mencecah 100 ribu... Kini beliau dengan bermurah hati ingin berkongsi tips dan pengalaman beliau menjana wang dengan ebook... Jika tuan masih lagi tercari-cari tentang kaedah menambah pendapatan saya amat syorkan tuan untuk download ebook berkualitiini dan ebook ini setebal 83 muka surat dan saya yakin ianya akan memberikan satu perubahan dalam hidup tuan jika ianya diamalkan http://www.buatebook.com/index.php?ref=oneman

dan satu lagi saudara jamal akan memberikan tuan RM0.50 jika tuanmemperkenalkan ebook ini kepada rakan-rakan. Cuba bayangkan jika tuan mempunyai 100 rakan diinternet? tidakkah ia akan membawa hasilRM50? Jadi jangan ditunggu lagi jom ke http://www.buatebook.com/index.php?ref=oneman

[ Di sini saya ingin umumkan penutupan Program Affiliate PPL buatebook.com tepat jam 12 pagi 15 Okt 09 ... Jadi, anda tidak perlu promosikan dah ebook ini kerana komisyen tidak akan dikira dah selepas ini.. ]

BONUS